Pengurangan Penggunaan Vape Memerlukan Tindakan Seluruh Masyarakat
Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) mengambil maklum kebimbangan masyarakat berhubung peningkatan penggunaan vape, khususnya dalam kalangan remaja dan murid sekolah, walaupun pelbagai aktiviti penguatkuasaan telah dilaksanakan di seluruh negara. PPPKAM merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas usaha berterusan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) dan pelbagai…


