Webinar Jerebu Datang Lagi! Betulkah Kita Tahu Cara Lindungi Diri?

SERI KEMBANGAN, 15 Oktober 2026 – Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada lebih 1,000 peserta yang telah meenghadiri webinar “Jerebu Datang Lagi! Betulkah Kita Tahu Cara Lindungi Diri?” melalui platform Zoom dan Facebook LIVE di laman Facebook rasmi PPPKAM.

Webinar ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kesan jerebu terhadap kesihatan, mengenal pasti golongan yang berisiko serta memperkukuh pengetahuan tentang langkah-langkah perlindungan diri, keluarga dan komuniti dalam menghadapi situasi jerebu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr. Siti Aishah Abas, selaku moderator, serta kedua-dua penceramah jemputan, Dr. Mohd Shahrol Abd Wahil dan Dr. Anza Elias, atas perkongsian ilmu, kepakaran dan panduan praktikal yang amat bermanfaat kepada para peserta.

PPPKAM berharap agar perkongsian ini dapat membantu masyarakat membuat keputusan yang lebih tepat dalam melindungi kesihatan diri dan orang sekeliling, khususnya ketika kualiti udara yang kini merosot akibat jerebu.

Kehadiran lebih 1,000 peserta mencerminkan betapa pentingnya penyebaran maklumat kesihatan awam yang tepat, mudah difahami dan boleh diamalkan oleh semua lapisan masyarakat.

Terima kasih atas sokongan dan sambutan yang diberikan.

BERBAKTI DEMI KESEJAHTERAAN MASYARAKAT

TONTON RAKAMAN WEBINAR : https://youtu.be/fy8TFfdZOTk

 

Similar Posts